CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 30, 2009

SEMALAM


Semalam...

Terukir peristiwa silam
kenangan tak bisa terpadam
ku terkenang
oh semalam

Sedetik...
Ku singkapi tirai memori
saat duga tiba menguji
oh semalam
telah pergi

Tuhan
ampunkan segala dosa-dosa

Moga
hari esok ku lebih sempurna

Semalam...

Ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam

Ku tinggalkan semalam

Tuhan
Ampunkan segala dosa-dosa
Moga esok ku kan lebih sempurna

Semalam...

Ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam

Ku tinggalkan semalam
kian menjauh
dan semalam
terus menjauh

Takkan ku berpaling lagi
kerna semalam

pergi...

by Shah_Nuriman09

MADAH KEMERDEKAAN


Merdeka!
Jangan hanya terungkap di bibir,
Jangan hanya samangat dilaung,
Tapi,
Sematkan ia di hati,
Hargai dengan mata hati,
Agar membawa seribu erti,
Demi kejayaan negara tercinta ini,
MERDEKA negara!
MERDEKA bangsa!
MERDEKA insani!

by AMIRUL ROSLE

Monday, August 24, 2009

SEJAK DATANGNYA RAMADHAN


Sejak datangnya Ramadhan,
aku merasakan satu kegembiraan,
tidak dapat aku pancarkan dengan reaksi wajah,
tidak dapat aku sebutkan dengan kata-kata,
tetapi melalui tangisan keikhlasan,
menerima kehadiran Ramadhan.

Sejak datangnya Ramadhan,
hatiku gelisah bagaikan kehilangan nyawa,
aku ketakutan bagai ingin dicampakkan ke neraka!
ternyata aku dibangkitkan,
dari kealpaanku kepada duniawi,
dari kesombonganku kepada Kekasihku.

Sejak datangnya Ramadhan,
aku mendekatkan diriku dengan Kekasihku,
dengan hanya bersujud kepadaNya,
dengan berzikir kepadaNya,
dengan melakukan amalan-amalan yang diperintahkan olehNya,
aku merasakan ketenangan,
seperti bayu dihembuskan kearahku.

Sejak datangnya Ramadhan,
masaku aku luangkan untuk Kekasihku,
aku merapatkan kedua-dua tapak tangan,
memohon keampunan,
memohon keberkatan,
memohon petunjuk,
memohon kekuatan,
memohon keredhaan,
dari Kekasihku yang satu.

Sejak datangnya Ramadhan,
aku seperti bayi yang dilahirkan semula,
mula mengenal tanggungjawabku,
pada duniawi dan ukhrawi,
mengajarku untuk tidak menjadi,
hamba yang berdosa,
malah aku mendapat hidayahNya,
untuk menjadi hamba yang bertaqwa,
untuk menjadi hamba yang solehah,
untuk menjadi ahli syurga.


by FARAH LYANA

Saturday, August 22, 2009


Pergi kau untuk selamanya
Jangan kembali
Sampai sini saja
Kita berdua

Aku tak mampu lagi
Jadi sang penyeksa
Yang juga diseksa

Sampai nanti bertemu lagi
Tak usah di ingat kembali
Menambahkan derita hati
Hidup ku
Jangan kau kembali
Hidup ku cukp terseksa


*Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita Cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.
*Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
*"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan"
* "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."
* "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

PERASAAN ITU


Cinta:
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang:
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka:
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu. (dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya perut kita dah nak pecah)

Minat:
Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. (dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan)

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat,suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu....

FREIND IS


When we honestly ask ourselves which person in our lives mean the most to us, we often find that it is those who, instead of giving advice, solutions, or cures, have chosen rather to share our pain and touch our wounds with a warm and tender hand. The friend who can be silent with us in a moment of despair or confusion, who can stay with us in an hour of grief and bereavement, who can tolerate not knowing, not curing, not healing and face with us the reality of our powerlessness, that is a friend who cares.


by HENRI NOUWEN

BERDUA DENGANMU


Berdua denganmu
membuat diri ini ceria
hati girang semekar bunga mawar
harum mewangi sepanang masa.

Berdua denganmu
membuat daku bahagia
melayari hidup di dunia
mengharungi suka duka bersama.

Berdua denganmu
serasa tiada duka
semanis impian bahagia
asyiknya daku dalam dakapanmu.

Berdua denganmu
mengukuh cinta iman sejati
memasak kasih yang diberkati
sebagai bekalan hidup dirahmati.


from novell SURAH-SURAH CINTA,

by, SARIDAH HAMID

PESANAN dari PUSAT MOTIVASI ABG ZEK MISAI

Kalau kamu MARAH, keluarkan AMARAHmu, kalau kamu SEDIH keluarkan TANGISANmu, tapi INGAT! kalau kamu MALU, jangan sesekali keluarkan KEMALUANmu!

RINDU TIDAK BERPENGHUJUNG


Layakkah daku rindu kepadanya?
Rindu yang tidak berbalas
terpendam di kalbu yang lemas

Rindu daku tidak berpenghujung
kerana tiada siapa menyapa
menyambut rindu kasih merana
rindu dendam tidak bersahut
hanya satu hati terpaut
rindu kepadaNya tetap terpaut


from novell SURAH-SURAH RINDU,
by, SARIDAH AHMAD


Aku menyelusuri lautan sirap tanpa gula,
melihat sekujur tubuhku selembut apam.
Kepalaku pening dan berputar seperti gasing.
Tiba-tiba kau muncul.
Muncul sambil menari balet,
wajah riang kau persis ikan sardin membawa
aku ke sesuatu dimensi baru...
Dimensi yang menghiburkan dunia yang sudah
lama kehilangan seri


......................................................................................................


Diri aku umpama apam,
Apabila dikukus pasti sedap rasanya.
Tetapi apabila digoreng nescaya hancur jadinya.
Aku melihat dunia ini bulat seperti donat,
Tetapi isinya tidaklah semanis kuih donat.
Karipap penuh dengan pelbagai inti.
Ada ubi kentang, daging, perisa kari, dan juga sardin.
Tetapi bukan semuanya sedap.
Ada juga rasa pahit, manis, masin dan pedas...

from novell, SIAPA AKU?
by, JEBART

Friday, August 21, 2009


Kerana cinta ini
Kerana rindu ini
Mengundang bencana yang menyakitkan
Cintaku di perkosa, di ragut
Oleh lelaki yang bersumpah
Ingin ke lautan api
Ingin ke samudera biru
Tetapi menghadiahkan aku dengan
Lukisan berdarah tanpa warna
Kau kata aku rindu padanya?
ha ha ha

.....................................................................................................

Tinggallah sayang, tinggallah pujaan
Mama tidak sempat untuk melihat kamu sedewasa mungkin
Tinggallah sayang, tinggallah pujaan
Usah berkelana kelak hidupmu
Tanpa kasih sayang mamamu
Anakku,
Titipkan doamu setiapkali kau menunaikan
PerintahNya kepada mamamu ini.

Teman,
Injak kakiku terasa longlai ke udara
Tiada rasa sayu
Tiada rasa pilu
Andainya aku tiada
Abadikan memori kita bersama
Pahatkan tanda kuburku
Dengan kasih sayang kalian
Sewangi mawar putih dan
Haruman kasturi.

Ibu,
Pada angin kuhadirkan keampunan
Pada rindu kutitipkan kemaafan
Kiranya sewaktu hayat
Tiada pertemuan antara kita
Pintaku iringkanlah rasa keampunan
Dan kemaafanmu
Sesaat jenazahku disemadikan.

.....................................................................................................

Andainya malam ini adalah saat penghabisan
Izinkanlah aku mengucap kalimahmu
Buat kali yang terakhir
Dan andainya malam ini hanyalah satu pengertian
Aku bersyukur padamu kerana telah memberi
Peluang kepadaku
Untuk menjejaki kakiku di bumiMu sehari lagi


from novell, HADIRNYA CINTA,
by, PITTERIAH ABDULLAH

Wednesday, August 19, 2009


Hatiku gusar
Tidak tenteram
Tertanya-tanya
Mengapa ini harus terjadi?
Seringkali dipersalahkan!
Mengapa harus aku tanggung beban?
Apa salahku?
Di persalahkan atas kesilapan yang tidak ku lakukan!

Mereka tidak adil!
Mereka tidak bertanggungjawab!
Bersikap lepas tangan!
Tahukah mereka betapa sakitnya hatiku?
Tahukah mereka aku merintih kesakitan?
Tahukah mereka itu semua?

Sudah lama ku pendam ia
Hatiku sarat!
Tidak dapat ku luahkannya
Pada siapa harus ku percaya?
Pada siapa harus ku curahkan segalanya?
Tidak sanggup ku tanggung beban ini seorang.

Ya ALLAH, Ya Tuhanku
Kau perkenankanlah doaku
Kau temukanlah aku dengan seorang hambaMu
Yang ikhlas dan nurani hatinya
Yang bisa membantuku meringankan beban ini.

Aku pohon padaMu Ya ALLAH
Sesungguhnya Kaulah yang berhak
Ku pohon pertolongan.

by NADIE


Where do I begin
To tell a story of love it can be
The sweet love story that is older than the sea
The simple truth about the love he brings to me
Where do I start
With his first hello
He gave a meaning to this empty world of mine
There's never be another love another time
He came into my life and made the living fine
He fills my heart
He fills my heart
With wild imagenings
He fills my soul with so much loves
That anywhere I go I'm never lonely
With him along who could be lonely
I released for his hands he's always there
How long does it last
Can love be measured by the hours in a day
I have no answer but now this much I can say
I needed him till the stars all burn away
And he'll be there

from novell, DANDELION,
by WIJDAN SHAUQINA


Kekasih...
Ke mana perginya...
Kemanisan buah iman?

Kekasih...
Ke mana hilangnya...
Kunci ilmu kalam dan falsafah yang terbuang?

Kekasih...
Ke mana terbangnya...
Tasawuf, tarikat, makrifat dan hakikat terbitnya ilmu dan amal?
Lalu menyingkir keperibadian yang sempurna.


Hati...
Tergoda pada cahaya yang terang,
Sudah menghalau nikmat kegelapan,
Sedangkan hakikat qiamullail...
Terbukanya pintu keimanan dan amal perbuatan.


Diri (kita)
Jadilah yang siddiq (pembenar),
Kazab (pendusta) di jauhkan,
Kerana lalai hatinya...
Kebatilan, kejahilan, kesesatan, kenistaan...
Jadi sanjungan iblis dan syaitan.

Diri (kita) terlupa,
Harumnya...
Lazatnya...
Manisya buah keimanan, jantung ketakwaan.

Apabila rohaniah tersumbing,
Iffah!
Tasamuh!
Kitman!
Zuhud!
Qan'ah!
Sumbang dusta dalam iman.

Zikrullah yang tertinggal,
Membiar hati dalam kegelapan,
Merela hati dalam kebekuan,
Lalu..
Alangkah ruginya,
Apabila terlupa,
Setiap hembusan nafas adalah kenikmatan.

Lupakah (kita),
Yang dituntut Ilahi pada guru adalah tablighnya,
Yang dituntut pada ulama adalah amanahnya,
Yang dituntut pada kita adalah takwa dan imannya,
Sedangkan nikmat dan kuasa adalah ujian Tuhan,
Untuk dinilai di hari kebangkitan!

Ke mana hilangnya,
Martabat Tawadha' anugerah Ilahi pada hambanya?
Sedangkan hakikat tawaduk tanda ketakwaan dan keimanan.

Ke mana perginya...
Tasawuf - ilmu dan amal (kita) ?
Yang dituntutNya setiap masa.

Ke mana terbangnya...
Murakabah - mensuci akhlak, hati, roh dan memerangi nafsu?
Sedangkan itu adalah penentu,
Di perkampungan kekal abadi.

Aku Ukthi Muslimah,
Dahagakan seratus sebelas wasiat junjungan rasul,
Teraba dalam kesedihan,
Tercicir hidup dalam keredaan,
Lalu hilang amal ma'ruf nahi mungkar,
Membuat hati selalu bergegar.

Aku rindukan...
Makam Muhibbah dan Makam Hidayat.

Aku rindukan...
Makam Ibadat dan Taufik yang mensucikan zahir dan batin.

Aku rindukan...
Zahid untuk memandang ALLAH.

Dan,
Aku rindukan...
Istiqamah untuk keramat yang hakiki,
Aku tidak mahu jadi insan nakus yang tidak mengenal diri.

Pulanglah!
Pulanglah!
Kita mencari taubat untuk di kasihi ALLAH,
Memburu takwa dan mendapat petunjuk dan rahmatnya,
Meneroka zahud dan di anugerahkan ilmu hakikatnya,
Mendakap sabar dan berserta dugaanNya,
Memeluk syukur untuk perolehi rahmat dan nikmatNya,
Meriba ikhlas untuk diterima amal olehNya,
Menyerah tawakal untuk kegembiraanNya,
Tidak rindukah (kita) pada manisnya buah iman itu?

Pulanglah...
Supaya sama-sama mendapat taufik dan hidayah,
Ilmu yang manfaat amal yang terpuji,
Taubat yang dikasihi,
Dari Maha Pengasih,
Dari Maha Pengampun,
Kerana keimanan dan ketakwaan menjauhi segala bencana.

Pulanglah...
Pulanglah...
Khalifah-khalifah kekasihku.

from novell, SATU ANUGERAH,
by SABARIAH ARAUR

Tuesday, August 18, 2009

KUPETIK CINTA ITU


Kupetik cinta itu
kusemat dalam hati yang kosong
kuraih cinta itu
dengan rasa rindu dendam.

Selama cinta bersemi dalam hati
hati semakin resah gundah-gulana
kalau cinta ditolak
bak burung pungguk rindukan bulan
kini cinta tidak kesampaian.

Kupetik cinta sekali lagi
kusemai di halaman cinta sepi
cinta berpadu hati terlara
layakkah daku bercinta dengan hati rapuh?

Terimalah cintaku ini seadanya
moga Kau sambut cintaku ini.


from novell SURAH-SURAH RINDU,
by SARIDAH AHMAD

Monday, August 17, 2009

TOLONG INGATKAN AKU


Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan TUHAN
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupakan jangan
Usah diluka hati dan perasaan.

Tolong ingatkan aku
Supaya ingat pesan guru
Bukan sekadar peringatan
Tapi tarbiyah berpanjangan.

Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah Al-Quran
Tika radio penuh hiburan
Tika televisyen penuh Hindustan.

Tolong ingatkan aku
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan aku
Kalau bercinta biarlah kerana-Nya
Dalam memilih utamakan iman
Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga disana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa
Kepada-Nya jiwa diserahkan
Segalanya Dialah tumpuan.

PANTUN

Salam diberi pembuka cerita,
Kami Barack Obama's group diberi nama,
Attention please,
Kepada semua!

Kiteorang sume gilo kentang,
Kalau makan tak ingat dunia,
Jatuhkan diri bukan kepalang,
Tanda kerjasama kami semua.

Amerika Syarikat negara yang poyo,
Duit di bank pun banyak woooo!,
Barack Obama hitam orangnya,
Tapi boleh memimpin negara.

Orang utan jadi haiwan belaan,
Pisang di bawa ke sini sana,
Monyet mangacau satu dugaan,
Tabah di tempuhi kita bersama.

Keluar bilik air semua berkemban,
Itulah Amirul, Munir, Acap dan Imran,
Pening memikir membuat persembahan,
Ligat berfikir kunci penyelesaian.

Menonggeng sampai seluar terkoyak,
Nampak lintah macam nak beranak,
Permainan diberi hiburan diterima,
Gembira kami masalah pun lupa.

Tok batin nama diberi Amirul,
Pelbagai tanggungjawab yang harus di pikul,
Pertandingan di jalan, saingan diterima,
Tanda semangat bersaing bersama.

Fasilitator diberi satu amanah,
Mestilah mereka orang yang gagah,
Datang ke sini satu harapan,
Agar dapat satu perubahan.

Kalau gelak tak inagt dunia,
Abang Syazwan diberi nama,
Kene marah, tegur pun sudah,
Supaya kami cepat berubah.

by BARACK OBAMA team's
kem PRS 2009, bukit cerakah, shah alam,
7-8 ogos 2009.


Sudah lama diriku
berjalan mencari sebuah makna hidup
ranjau dan onak ku tempuhi
membuat hati mati
inginku berlari
sembunyi dan terus sembunyi
dalam mimpi di jaga sendiri.

Tapi sampai bila?
perlu diri jadi hamba
hamba sebuah ilusi yang tidak pergi
abdi...
abdi kepada sifat pengecut yang tidak pernah mati
itu semua hanya bayangan tak bertepi.

Benar!!
di lewat malam...
diriku berfikir...
aku bukan insan lemah...

Diriku bukan hamba
usah daku peduli rasa takut lagi
daku lahir ke dunia
sebagai jiwa...
dengan semangat yang kental
azam yang menggunung
jiwa yang tegar
ku bisa memimpin dunia
kerna itulah daku lahir ke dunia.


by AMIRUL ROSLE

Wednesday, August 5, 2009

A POEM


I never try to impress the queen with my writing
or making the birds sing
or the phones ring
I never want to make you cry
or die
or sigh
I just want to write because I have to write
I just want to write about things I knew right
so sorry if the writing is about heart
or blood
or tart
because I'm going to write about what I'm going to write
whether the writing is about ride
or guide
or kite
and I never give a damn whether
you like it
or hate it
or yell about it
because i write for what I have to write
and of course I'm going to write
a special book for you to read
not to greet
or spit
just read
and read
till the last deed


by novellist,
AHADIAT AKASHAH B KAIRUDIN AKASHAH

WHY LADIES TODAY ARE STILL SINGLE:


The nice men are ugly
The handsome men are not nice
The handsome and nice men are gay
The handsome, nice and heterosexual men are married
The men who are not so handsome, but are nice men, have no money
The men who are not so handsome, but are nice men with money think we are only after their money
The handsome men without money are after our money
The handsome men, who are not so nice and somewhat heterosexual, don't think we are beautiful enough
The men who are somewhat handsome, somewhat nice and have some money and thank GOD are heterosexual, are shy and NEVER MAKE THIS FIRST MOVE!
The men who never make the first move, automatically lose interest in us when we take the initiative.

from novell, WARNA HATI
by, MEEN ZULAIKHA

LOVE CHOOSES YOU


If you find yourself in love with someone, and that someone does not love you... be gentle to yourself, there is nothing wrong with you, but love just did not choose to rest in that someone's heart.

If you find someone in love with you and you cannot answer that love... feel honoured that love has came by and called on your door... but gently refuse the feeling you cannot return, as love did not choose to settle in your heart.

If you find yourself in love with someone and the love return... it still can happen that love chooses to leave... do not try to reclaim it and do not assess any blame... let it go. Despite the pain, there is a reason and meaning to this... you cannot choose love by yourself, LOVE CHOOSES YOU.

from novell WARNA HATI,
by, MEEN ZULAIKHA