CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 21, 2009


Kerana cinta ini
Kerana rindu ini
Mengundang bencana yang menyakitkan
Cintaku di perkosa, di ragut
Oleh lelaki yang bersumpah
Ingin ke lautan api
Ingin ke samudera biru
Tetapi menghadiahkan aku dengan
Lukisan berdarah tanpa warna
Kau kata aku rindu padanya?
ha ha ha

.....................................................................................................

Tinggallah sayang, tinggallah pujaan
Mama tidak sempat untuk melihat kamu sedewasa mungkin
Tinggallah sayang, tinggallah pujaan
Usah berkelana kelak hidupmu
Tanpa kasih sayang mamamu
Anakku,
Titipkan doamu setiapkali kau menunaikan
PerintahNya kepada mamamu ini.

Teman,
Injak kakiku terasa longlai ke udara
Tiada rasa sayu
Tiada rasa pilu
Andainya aku tiada
Abadikan memori kita bersama
Pahatkan tanda kuburku
Dengan kasih sayang kalian
Sewangi mawar putih dan
Haruman kasturi.

Ibu,
Pada angin kuhadirkan keampunan
Pada rindu kutitipkan kemaafan
Kiranya sewaktu hayat
Tiada pertemuan antara kita
Pintaku iringkanlah rasa keampunan
Dan kemaafanmu
Sesaat jenazahku disemadikan.

.....................................................................................................

Andainya malam ini adalah saat penghabisan
Izinkanlah aku mengucap kalimahmu
Buat kali yang terakhir
Dan andainya malam ini hanyalah satu pengertian
Aku bersyukur padamu kerana telah memberi
Peluang kepadaku
Untuk menjejaki kakiku di bumiMu sehari lagi


from novell, HADIRNYA CINTA,
by, PITTERIAH ABDULLAH

0 comments: