CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 22, 2009


Aku menyelusuri lautan sirap tanpa gula,
melihat sekujur tubuhku selembut apam.
Kepalaku pening dan berputar seperti gasing.
Tiba-tiba kau muncul.
Muncul sambil menari balet,
wajah riang kau persis ikan sardin membawa
aku ke sesuatu dimensi baru...
Dimensi yang menghiburkan dunia yang sudah
lama kehilangan seri


......................................................................................................


Diri aku umpama apam,
Apabila dikukus pasti sedap rasanya.
Tetapi apabila digoreng nescaya hancur jadinya.
Aku melihat dunia ini bulat seperti donat,
Tetapi isinya tidaklah semanis kuih donat.
Karipap penuh dengan pelbagai inti.
Ada ubi kentang, daging, perisa kari, dan juga sardin.
Tetapi bukan semuanya sedap.
Ada juga rasa pahit, manis, masin dan pedas...

from novell, SIAPA AKU?
by, JEBART

0 comments: