CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, August 19, 2009


Kekasih...
Ke mana perginya...
Kemanisan buah iman?

Kekasih...
Ke mana hilangnya...
Kunci ilmu kalam dan falsafah yang terbuang?

Kekasih...
Ke mana terbangnya...
Tasawuf, tarikat, makrifat dan hakikat terbitnya ilmu dan amal?
Lalu menyingkir keperibadian yang sempurna.


Hati...
Tergoda pada cahaya yang terang,
Sudah menghalau nikmat kegelapan,
Sedangkan hakikat qiamullail...
Terbukanya pintu keimanan dan amal perbuatan.


Diri (kita)
Jadilah yang siddiq (pembenar),
Kazab (pendusta) di jauhkan,
Kerana lalai hatinya...
Kebatilan, kejahilan, kesesatan, kenistaan...
Jadi sanjungan iblis dan syaitan.

Diri (kita) terlupa,
Harumnya...
Lazatnya...
Manisya buah keimanan, jantung ketakwaan.

Apabila rohaniah tersumbing,
Iffah!
Tasamuh!
Kitman!
Zuhud!
Qan'ah!
Sumbang dusta dalam iman.

Zikrullah yang tertinggal,
Membiar hati dalam kegelapan,
Merela hati dalam kebekuan,
Lalu..
Alangkah ruginya,
Apabila terlupa,
Setiap hembusan nafas adalah kenikmatan.

Lupakah (kita),
Yang dituntut Ilahi pada guru adalah tablighnya,
Yang dituntut pada ulama adalah amanahnya,
Yang dituntut pada kita adalah takwa dan imannya,
Sedangkan nikmat dan kuasa adalah ujian Tuhan,
Untuk dinilai di hari kebangkitan!

Ke mana hilangnya,
Martabat Tawadha' anugerah Ilahi pada hambanya?
Sedangkan hakikat tawaduk tanda ketakwaan dan keimanan.

Ke mana perginya...
Tasawuf - ilmu dan amal (kita) ?
Yang dituntutNya setiap masa.

Ke mana terbangnya...
Murakabah - mensuci akhlak, hati, roh dan memerangi nafsu?
Sedangkan itu adalah penentu,
Di perkampungan kekal abadi.

Aku Ukthi Muslimah,
Dahagakan seratus sebelas wasiat junjungan rasul,
Teraba dalam kesedihan,
Tercicir hidup dalam keredaan,
Lalu hilang amal ma'ruf nahi mungkar,
Membuat hati selalu bergegar.

Aku rindukan...
Makam Muhibbah dan Makam Hidayat.

Aku rindukan...
Makam Ibadat dan Taufik yang mensucikan zahir dan batin.

Aku rindukan...
Zahid untuk memandang ALLAH.

Dan,
Aku rindukan...
Istiqamah untuk keramat yang hakiki,
Aku tidak mahu jadi insan nakus yang tidak mengenal diri.

Pulanglah!
Pulanglah!
Kita mencari taubat untuk di kasihi ALLAH,
Memburu takwa dan mendapat petunjuk dan rahmatnya,
Meneroka zahud dan di anugerahkan ilmu hakikatnya,
Mendakap sabar dan berserta dugaanNya,
Memeluk syukur untuk perolehi rahmat dan nikmatNya,
Meriba ikhlas untuk diterima amal olehNya,
Menyerah tawakal untuk kegembiraanNya,
Tidak rindukah (kita) pada manisnya buah iman itu?

Pulanglah...
Supaya sama-sama mendapat taufik dan hidayah,
Ilmu yang manfaat amal yang terpuji,
Taubat yang dikasihi,
Dari Maha Pengasih,
Dari Maha Pengampun,
Kerana keimanan dan ketakwaan menjauhi segala bencana.

Pulanglah...
Pulanglah...
Khalifah-khalifah kekasihku.

from novell, SATU ANUGERAH,
by SABARIAH ARAUR

0 comments: