CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 17, 2009

TOLONG INGATKAN AKU


Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan TUHAN
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupakan jangan
Usah diluka hati dan perasaan.

Tolong ingatkan aku
Supaya ingat pesan guru
Bukan sekadar peringatan
Tapi tarbiyah berpanjangan.

Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah Al-Quran
Tika radio penuh hiburan
Tika televisyen penuh Hindustan.

Tolong ingatkan aku
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan aku
Kalau bercinta biarlah kerana-Nya
Dalam memilih utamakan iman
Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga disana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa
Kepada-Nya jiwa diserahkan
Segalanya Dialah tumpuan.

0 comments: